just some info nak share.....
kekadang ni bile anak merajuk mmgla payah nak pujuk...
tambah lg kalo dah pujuk makin kuat plak merajuknya...
memang boleh bikin panas je kan...
so mari kite belajar teknik nak pujuk anak2 supaya kite sndri tak tersentap bile anak xmo dipujuk...
Papa dan Mama mesti biasa dengan situasi si
kecil merajuk kan? Kadang kala masih usia bayi lagi, si anak sudah
pandai merajuk. Amboi pandainya anak mama.
Comel sahaja mimik muka mereka bila merajuk tapi bila sudah
sampai tahap berguling-guling di depan orang ramai, mama mula hendak
naik angin. Bagaimanapun sebelum mama yang naik angin lebih baik mama
penuhkan dulu ilmu menangani kerenah anak merajuk bila sahaja
dikurniakan cahaya mata.
Agak-agaknya apa punca si kecil
merajuk? Pandai pula dia merajuk ya. Belajar daripada siapa pulalah?
Mungkin itu antara persoalan yang bermain di fikiran anda bila si comel
mula merajuk. Ada bermacam-macam-macam jenis tahap merajuk si kecil.
Jom papa dan mama kita kongsi tip tangani anak merajuk.
1. Mula-mula sekali elakkan anak-anak daripada merajuk.
Maksudnya cuba beri perhatian padanya. Kalau anak yang sudah pandai
bercakap, layanlah apa yang cuba hendak disampaikan. Jika anak masih
peringkat usia bayi, sebaiknya penuhi segala kemahuannya seperti mahu
mainan, susu, tidur dan sebagainya.
2. Seeloknya kenal pasti apa punca dia merajuk.
Kadang kala kita sebagai orang tua tidak perasan secara tidak sengaja
telah melukakan hati si anak. Jadi, bila tengok si manja dah tarik
muncung 14, eloklah tanya dengan nada lembut dan banyakkan bersabar.
Janganlah pula ditanya dalam nada yang kasar atau perli. Anak-anak akan
semakin berkecil hati dan terus merajuk.
3. Pujuklah anak yang merajuk.
Elakkan daripada terus memarahi, memukul atau menghukumnya kerana ia
akan menambahkan lagi rajuknya. Lebih teruk lagi, ia boleh mendatangkan
trauma kepada anak.
4. Eh, sudah dipujuk masih tetap merajuk?
Memang mencabar. Tetapi kalau dalam situasi begini, seeloknya biarkan
mereka seketika. Mungkin dalam masa 5 hingga 10 minit dibiarkan barulah
dipujuk semula.
5. Kalau anak masih terus merajuk?
Kalau sudah sampai tahap tak makan saman, kita pula yang hendak marah.
Jadi untuk mengelakkan daripada kejadian lebih buruk, cuba suruh orang
lain pula (yang ada dalam rumah itu) untuk memujuknya.
Kalau semua panduan berikut tidak berkesan, tiada salahnya papa dan
mama gunakan sedikit kekerasan sekadar untuk mengajar mereka. Tetapi
selepas keadaan reda, terangkan mengapa mereka dihukum dan apa kesalahan
mereka (sesuai untuk anak yang sudah faham).
No comments:
Post a Comment