Tuesday, November 26, 2013

Anak Merajuk Siapa Pujuk

just some info nak share.....

kekadang ni bile anak merajuk mmgla payah nak pujuk...
tambah lg kalo dah pujuk makin kuat plak merajuknya...
memang boleh bikin panas je kan...

so mari kite belajar teknik nak pujuk anak2 supaya kite sndri tak tersentap bile anak xmo dipujuk...

Papa dan Mama mesti biasa dengan situasi si kecil merajuk kan? Kadang kala masih usia bayi lagi, si anak sudah pandai merajuk. Amboi pandainya anak mama.

Comel sahaja mimik muka mereka bila merajuk tapi bila sudah sampai tahap berguling-guling di depan orang ramai, mama mula hendak naik angin. Bagaimanapun sebelum mama yang naik angin lebih baik mama penuhkan dulu ilmu menangani kerenah anak merajuk bila sahaja dikurniakan cahaya mata.

Agak-agaknya apa punca si kecil merajuk? Pandai pula dia merajuk ya. Belajar daripada siapa pulalah? Mungkin itu antara persoalan yang bermain di fikiran anda bila si comel mula merajuk. Ada bermacam-macam-macam jenis tahap merajuk si kecil.

Jom papa dan mama kita kongsi tip tangani anak merajuk.

1. Mula-mula sekali elakkan anak-anak daripada merajuk.

Maksudnya cuba beri perhatian padanya. Kalau anak yang sudah pandai bercakap, layanlah apa yang cuba hendak disampaikan. Jika anak masih peringkat usia bayi, sebaiknya penuhi segala kemahuannya seperti mahu mainan, susu, tidur dan sebagainya.

2. Seeloknya kenal pasti apa punca dia merajuk.

Kadang kala kita sebagai orang tua tidak perasan secara tidak sengaja telah melukakan hati si anak. Jadi, bila tengok si manja dah tarik muncung 14, eloklah tanya dengan nada lembut dan banyakkan bersabar. Janganlah pula ditanya dalam nada yang kasar atau perli. Anak-anak akan semakin berkecil hati dan terus merajuk.

3. Pujuklah anak yang merajuk.

Elakkan daripada terus memarahi, memukul atau menghukumnya kerana ia akan menambahkan lagi rajuknya. Lebih teruk lagi, ia boleh mendatangkan trauma kepada anak.

4. Eh, sudah dipujuk masih tetap merajuk?

Memang mencabar. Tetapi kalau dalam situasi begini, seeloknya biarkan mereka seketika. Mungkin dalam masa 5 hingga 10 minit dibiarkan barulah dipujuk semula.

5. Kalau anak masih terus merajuk?

Kalau sudah sampai tahap tak makan saman, kita pula yang hendak marah. Jadi untuk mengelakkan daripada kejadian lebih buruk, cuba suruh orang lain pula (yang ada dalam rumah itu) untuk memujuknya.

Kalau semua panduan berikut tidak berkesan, tiada salahnya papa dan mama gunakan sedikit kekerasan sekadar untuk mengajar mereka. Tetapi selepas keadaan reda, terangkan mengapa mereka dihukum dan apa kesalahan mereka (sesuai untuk anak yang sudah faham).

Monday, November 25, 2013

Abah..oh Abah

salam...

my last entry ada cite psl abah yg sakit...raya tahun ni mmg xsama mcm raya tahun2 sebelum ni...taun ni semua berkampung dekat rumah mak...xde sorang pun yg beraya dekat rumah mertua...Alhamdulillah dlm keadaan mcm ni mertua memasing sgt memahami bile xdpt nak balik beraya kat rumah diorg..sbb abah sgt memerlukan anak2nya....

kami beraya di hospital...sayu hati bile raya pertama xdpt nak berkumpul dengan abah dekat rumah....lepas sembahyang raya kami ke hospital...nasib kanak2 boleh dibawak nik ke wad..so bley cucu2 melawat atuk...

dlm keadaan abah yg xsehat abah nmpak happy sesangat bile cucu2 and anak2 dpt berkumpul di pagi raya...even terpaksa berkumpul di spital.....sebenarnya beberapa hari sblm raya abah dlm keadaan yg sgt kritikal...abah kehilangan bnyak darah kesan dr pengambilan ubat cair darah yang berlebihan..tujuan diberikan ubat itu sbb terdapat darah beku di kaki abah dan doctor sahkan darah abah semakin membeku....sbenarnya ada kesan kalo kite amik atau xamik ubat tu...menurut doc kalo abah tak amik ubat tu..darah abah akan tros membeku dan pembuluh darah boleh pecah dan boley bawa risiko maut....dan kalo amik akan berlaku pulak pendarahan yang melampau...so kesan nye adalah 50-50....

kami anak2 hanya mampu berdoa dan berserah pada Allah....setiap hari xlepas doakan kami tuk abah....kesan dr pengambilan ubat cair darah tu..darah abah mencair terlalu cepat...darah keluar di mulut..hidung dan ditempat2 lain...ya Allah nmpak abah terseksa sgt...abah terpasa dimasukkan ke wad kecemasan dah terpaksa dimasukkan ubat tuk berhentikan darah...dalam ms yg sama doc terpaksa masukkan 6 bag darah untuk gantikan darah yg keluar td....

keadaan abah sgt krtitikal..kami disuruh berkumpul n trima segala kemungkinan...Maha Suci Allah...abah dpt bertahan.....now abah dh balik ke rumah...sebulan abah di wad..Alhamdulillah abah dah semakin sembuh....abah dh mampu berjalan dan dah boleh bawak kereta sendri...kami mmg xsangka abah sekuat itu.....

bnyak kesan positif dr ape yg berlaku...sesunguhnya setiap dugaan yg Allah trunkan Allah sertakan skali dengan nikmat dan hikmah yg xternilai...kami dan abah makin rapat...dah boley bergurau senda , berwatssapp dengan abah....abah pun dah bnyak bercakap skung....kalo dulu kami semua takut dengan abah....skung kami makin dekat..syukur sesangat.....

trima kasih pada rakan2 yg mendoakan kesejahteraan abah...hanya Allah yg dpt membalasnya.....

salam....rindu sangat..

salam...lamanye mama xupdate blog...xberceloteh kat sini...xtau la ada lg ke yg folloow or sudi baca blog mama ni...bnyak benda nak cite...bnyak gmbar nak share...tiap kali bukak blog....termenung xtau nak update ape...walhal bnyak bnor nak cite kan....

dekat 3 bulan mama xupdate...last update pasal abah...nnti mama smbung story psl abah....plus dalam kesedihan adn kerisauan dengan keadaan abah...Allah kurniakan satu lg harta xternilai dalam keluarga mama.....Alhamdulillah...satu2 Allah permudahkan....nnti mama story yg tu...plan2 mama update ye...janji ...huhuhuh...

pape pun...trimala gmbar terbaru kami sefamily......


W.e.L.c.O.m.E t.O m.Y b.L.O.g

Enjoyzzzzzz