Tuesday, August 6, 2013

Penghujung Ramadhan

salam semua rakan2 maya mama.....ramadhan dah hampir sampai ke penghujungnya.....harini sudah masuk ramadhan yg ke 28....sekejap je masa berlalu.....Alhamdulillah...mama masih mampu berpuasa dan belum ada pun yang tertinggal....

raya tahun ni xkan sama seperti tahun2 yang lepas......xseceria seperti tahun2 yang lepas.....abah mama dah dekat 3 minggu di hospital...ye akhirnya kami berjaya bawa abah ke hospital.....perkembangan abah tidak memberangsangkan...setiap hari ada je berita yang tidak enak disampaikan oleh doc....demi Allah mama xsangka abah yang slama ni sehat dan tidak penah kenal erti duduk diam..hanya terlantar di katil hospital......badan makin susut...mata makin cengkung....takde lagi lemak2 ditangan dan badan abah...hanya kulit saje yang tinggal....sayunya tgk abah dlm keadaan mcm tu.....

1 st day abah di tahan di hospital doc sahkan abah dah kehilangan bnyak darah akibat pendarahan dalam perut yang semakin teruk...rupanya selama ni berlaku pendarahan dalam perut abah menyebabkan setiap kali abah kencing or buang air besar akan keluar darah ketul2...Ya Allah deritanya abah hanya Allah yg tahu...ape yg doc lakukan masukkan darah dlm bdn abah......hari kedua doc lakukan pemeriksaan lanjut dan telah sahkan kedua buah pinggang abah bengkak menyebabkan kedudukan buah pinggang tidak dikedudukan asal...akibatnya abah ssh untuk kencing secara normal....doc terpaksa menebuk kedua2 buah pinggang abah untuk mengelurkana air kencing...dan benda ini akan berkekakalan...ya Allah..besar dugaan tuk abah......beberapa hari kemudian doc buat pemeriksaan lanjut...dan doc sahkan darah dalam bdn abah sudah mula membeku.....doc sndri pelik mcm mana darah abah boleh membeku.....doc cadangkan untuk beri abah ubat cairkan darah...yg mana kalo tidak diambil ubat cair darah akan ada risiko pada abah dan kalo diambil risiko pada abah ttp akan ada....sekiranya abah ambil ubat tu tp bdn abah tak boleh nak trima akan berlaku pendarahan yang teruk pada mata, hidung telinga dan paling teruk pada otak......

tapi kami adik beradik sepakat untuk beri abah ubat cair darah....sekurang2nya kami telah cuba lakukan sesuatu untuk menyelamatkan abah...tapi demi Allah mama rasa dugaan Allah kali ni maha berat untuk kami sekeluarga......abah ketua keluarga yg salam ni nmpak gagah di mata kami hanya terbaring lesu di atas katil...tidak boleh bergerak dan tak seceria dulu.....abah dah mula hilang selera makan....abah dah mula tak nak makan ubat...kami risau.....tapi buntu nak buat ape..puas kami pujuk abah.....tapi abah ttp berdegil....mungkin abah dah give up..abah pasrah je ngn ape yang berlaku..or mungkin abah dh hilang harap....kami xsanggp kehilangan abah..kami blom bersedia.....tapi Allah maha berkuasa....mama benar2 berharap....ada keajaiban yang akan berlaku di bulan mulia ini......


Ya Allah...berilah kekuatan pada abah....kami syg abah.....

W.e.L.c.O.m.E t.O m.Y b.L.O.g

Enjoyzzzzzz