Friday, April 27, 2012

Sudut Ilmu: Dajjal

As Salam...dihari jumaat yang mulia ni mama nak kongsikan cerita ataupun ilmu yang boleh dijadikan panduan untuk kite bersama dan bekalan untuk kite diakhirat nnti....insyaAllah pasni setiap ari jumaat mama akan cuba kongsikan ape saje ilmu yang bermanfaat tuk kite semua...Semoga Allah memberkati niat murni mama...amin...

untuk hari ini mama ingin kongsikan tentang asal usul dajjal....selamat membaca ye...

Asal-Usul Dajjal

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua;

Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Dan selanjutnya kita dapat mengetahuinya dari kisah Tamim Ad Dari yang telah bertemu dengan Dajjal itu di sebuah pulau..

Tempat Tinggalnya Sekarang

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir ini, pernah juga kelihatan piring-piring terbang UFO ini muncul di bandar Vatican (pusat Katolik dunia), Rome, Italy



KHUTBAH RASULULLAH PERIHAL DAJJAL

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”a yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Wallahu A’lam.

ahaks







ok im really happy and excited today...Alhamdulillah...bersiaran secara langsung menggunakan lappy baru...hah mau kasi nama gak la kat my new lappy ni...tp ape ek....emmmm ape kate mama namakan dia adele.....hahahah giler cool x nama lappy mama ni..mmg saje letak nama adele sebab skung ni adele mmg kegilaan...mama suke layan lagu2 dia n skung dia sudah kurus kan so harusla jadikan  pembakar semangat tuk kurus gak.....


so since dah ada adele ni so leh la mama berblogging....snang gune wifi dr fon je...harap wifi opis mmg xleh la kan sume pun nak blok...kebusanan la kan...huhuhuh..tp sebenarnya adele ni la pembakar semangat mama tuk buat keje2 audit pasni...lebih bersemangatla kan....

so ok guys xtau nak ending cmne....huhuhuuh nak godek2 adele dulu la....bley???


p/s: thanks bos...

Wednesday, April 25, 2012

3 weeks

It has been 3 weeks mama xcontact dia...tak berchatting or email cam dulu..tak ber whatsapp..tak berfb...tak beremail...

Merajuk????!!!....mungkin....kecewa??!!!!!...tak tau nak kate pe...mungkin kekecewaan tu dah semakin berlalu...rindu???!!!...sometimes....kekadang rasa macam nak share something ngn dia...tp keadaan dah tak macam dulu..tak tau..mama rasa biar je la macam ni...

Mama memang tak ramai kawan..boleh dikira dengan jari...tapi bile berkawan mama memang setia..ramai yang kate muka mama nampak sombong dan berlagak..so ramai yang takut nak kawan ngan mama...nak harap mama mulakan dulu memang tak reti la kan...tapi bile dah kenal memang stok giler-giler....

Papa slalu riso kalo mama tak de kawan kat tempat baru..mana-mana tempat baru mama kene pergi macam kursus ke ape kan..papa mesti tanya mama dapat kawan ke tak...sebab papa tau bini dia ni pemalu yang amat kalo nak berkawan...n papa jugak la yang akan jadi orang yabg paling risau kalo kawan bini dia buat taik ..cnfirm jangan harapla dia bak bagi bini dia ni kawan ngan orang tu lagi...

Tapi mayb sebab muke mama ni la n sikap pendiam mama ni kot yang buat kekadang orang dengki n tak suke...sampai ada yang cuba nak buruk-burukkan mama...sampaikan sanggup sebarkan fitnah mama macam tu mama macam ni...mama bersabar je...sebab mama yakin Allah akan beri balasan yang setimpal pada orang tu...

Dalam tempoh 3 minggu ni mama ada terpikir...mungkin dia xanggap mama ni kwan dia macam kawan-kawan dia yang lain..ye keyakinan dia pada mama tak sama macam kawan-kawan dia kat sana selepas apw yang berlaku dulu...dan lepas ape yang berlaku dulu mama sndri tak tau nape dia nak berkawan balik dengan mama...dan selepas berkawan balik skali lagi benda tu terjadi lagi...dan alasan yang dia berikan tak begitu menyakinkan mama...

Tapi tak pela..mama dah semakin slesa dengan keadaan sekarang...dan mama lebih slesa berkawan di alam maya je...cari kawan2 baru dialam maya..n penuhi masa mama ngn family n blog kesayangan mama..

Mama xberniat nak sakiti hati sesiapa..ni just luahan hati mama...hanya blog ni tempat mama nak berkarya n curahkan yang terpendam...

Trima kasih pada sape yang sudi baca...pada sesiapa yang tersinggup mohon maaf..xterniat pun dihati....cume rasa perlu diluahkan je...

posted from Bloggeroid

dinner@pizza hut...



Ini dinner kami malam ahad lepas...lama dah tak makan pizza...papa memula ajak makan kat ani sup utara...tapi bile pikir cam jauh je memang malas la jadinya...then mama suggest kat papa makan ikan bakar je la...memang cam muak jugak tapi tu je la kedai yang dekat kan...

So on the way ke ikan bakar umbai tu skali nampak pizza hut..pe lagi papa kate makan pizza je...tambah adik muke cam nak tido..so kalo makan kat pizza tempatnye terang sket dengan harapan adik xkan tido...mama ok je...lagipun lama kan tak makan pizza...

Kiteorg order pizza yang baru tu..triple pizza sensation nama dia..sedap tau sebab dia ada serunding ayam kat atas tu ngn cheese yang banyak potongan ayam yang banyak jugak..bile ditarik macam yoyo..wahhhhh giler sedap..*matikla meleleh air liur*...pastu bebudak pun leh makan sebab tak pedas.....

kiteorg tak amik set just amik pizza je...tapi pizza yang baru ni ada saiz regular ngan large je...so kiteorang order pizza ni ngan sensation platters dia skali...mmg menjilat jari la...



Oh ye pizza ada buat free kids meals for those yang beli pizza dengan harga lebih dari rm 20..tp dengan syarat kene makan kat situ..since kiteorang punya bil lebey rm 20 so dapat dua free kids meal ni...yang kids meal ni memang bnyak pilihan..ada mini pizza..pastu meatball..spegethi n macam-macam la..dihidang skali dengan air soya dalam cawan kecik comey...



Ini mini pizza kakak...

Overall memang makan sampai sengkak perut..adik lagi la sampai buncit...budak kecik ni pantang nampak makanan..kiri kanan tangan penuh ngan makanan...memang happy je la muka dia...kakak makan sambil layan ipad...

So jom layan gambar lagi la..








Our side order...






posted from Bloggeroid

Monday, April 23, 2012

Kakak pulak..

Hai...saya kakak nia...wah aritu adik upate blog mama ye..skung turn kakak plak tolong mama update..

Kakak kesian tengok mama ngan papa..sejak dua menjak ni papa ngan mama asik tak sehat je..jumaat lepas mama pitam kat rumah...nasib la time tu mama bukan dekat opis...kejadian berlaku dalam pukul 4 lebey pas mama buatkan susu tuk kakak ngn adik...sian mama..sampai tak mo bergerak langsung sebab mama kate bile dia bergerak je mama rasa macam berpusing..entahla kakak pun tak tau mama rasa macam mana sebenarnya...

Pas mama pitam papa plak demam..ntah bape kali la papa nak demam..tp kakak bersyukur sebab papa dah sehat..dalam mama sakit2 mama sempat lagi jaga papa..kakak risau tengok mama ngan papa tak sehat.kakak suke kalo diaorang sehat sebab kakak boley pegi jalan-jalan nanti...

Ok kite cite pasal kakak plak la ye...
skung ni saya dah 3 tahun 2 minggu...saya dah besar..saya nak pegi skool..tiap2 ari saya mesti bawa bag sekolah g rumah ibu..dalam bag tu ada banyak buku yang mama ngn papa beli..bukan tu je..memey pun ada...eh korang kenal ke sape memey tu...memey tu anak.patung kakak la..pastu siap ada mainan masak-masak kakak...

Kalo dekat rumah kakak suke main ipad mama..slalu kakak suke bukak youtube..kat situ macam-macam ada....kakak bley tengok cite upin-ipin..cite pada zaman dahulu..cite boboiboy..pastu banyak lagi la..kekadang kakak suke tengok permainan terkini kat youtube..pastu kakak tunjuk kat mama suh mama beli la...tp mama slalu kate kalo mama kaya mama beli..kakak ok je...pas penat layan you tube..kakak main game...macam-macam game papa dah download tuk kakak...best tau...ada games masak-masak...ada game ABC..macam-macam la..sonok tau..tapi adik slalu la kacau kakak...bile kakak tengok ipad je mesti adik kacau..adik tepuk-tepuk ipad tu.... rosak la nanti kan...

Kakak suke g klcc..sbb kat klcc ada bnyak fish...besar...pastu kakak suke tengok lion..tiger..birds...sume kat zoo..sonok tau...

Tp kakak tak suke makan...kalo ada lauk kicap kakak makan...tu pun tak banyak..kakak nak slim macam papa la...kakak suke makan kek..mama slalu beli kek tuk kakak....trima kasih mama..pastu kakak suke aiskrim..ala sume budak pun suke kan..tapi lepas makan aiskrim jangan lupe gosok gigi tau..

Emmm macam banyak kakak bebel kan..tp mama banyak kakak nak stori...tak pe bile-bile masa kalo kakak free kite stori lagi ye...k kakak ngantuk la..penat type..nanti la ye...daaa..



posted from Bloggeroid

Thursday, April 19, 2012

Hai semua...



Hai semua..hari ni saya nak update bagi pihak mama saya..dah lama saya usha tepon mama ni..tp tiap kali saya pegang je mama dah bising...sebab saya suke masukkan tepon mama dalam mulut...sebab ape saya buat macam tu..saya teruja tengok tepon mama yang besar dan kaler merah ni...slalu saya dapat rasa tepon papa je kali ni dapat tepon mama plak...

Saya dah 1 tahun 2 bulan...dah besar dah jadi hero mama dah..saya suke makan...xtau la ikut sape...tapi nampak gaya kalo bab makan mesti saya ikut mama saya kan..tengok je la badan mama saya tu..makin bam..bam...opppssss kecik ati mama saya kalo dia tau saya kate mama bam..bam..ampun....mama...hihihik...

Tapi saya memang sukeeeeee.makan...tak kesah la makan ape pun saya ok je...kalo saya nangis pastu mama bagi biskut ke roti ke memang saya terus tak jadi nak nangis...siap boleh senyum sampai nampak lesung pipit tau....kalo saya dah kenyang pun saya boleh makan lagi..kalo dulu saya kurang nak makan sampai mama saya riso bile saya tak makan...tapu skung ni pun mama saya riso jugak sebab saya asik makan..mana taknya...kekedang perot saya dah buncit macam nak meletop pun saya boleh makan lagi...

selalunya kalo nak makan ke minum ke memang kopek saya campak je...kekadang penat mama ngan papa tertonggeng cari kopek saya..paling tak tahan bile time mama cari..memang siap dengan kene bebel skali tau..

Kalo bab mainan saya paling suke main ape yang kakak saya main...kalo kakak saya tak minat dengan permainan yang papa beli saya pun tak minat juga...paling suke berebut.mainan ngan kakak saya..saya suke kacau kakak sampai kakak jerit2...tapi pastu saya kene balik sebab kakak akan tolak saya sekuat ati sebab tak mau saya kacau dia..selalunya saya suke kacau kakak masa kakak sebuk dengan ipad dia..kakak slalu tak mau share ngan saya..sebab tu saya suke kacau kakak..mama...papa..belikan adik ipad macam kakak satu......

Sekarang ni saya ada satu tabiat suke nak berkepit dengan mama saya..kalo mama saya tinggalkan kejap pun saya akan meraung dan melalak kuat-kuat..kesian mama kekadang kene dukung saya sambil buat keje...kalo saya nak tido saya aka pastikan mama ada kat sebelah saya..saya suke korek idung ngn mata mama masa saya nak tido..terjerit-jerit mama bile saya korek mata mama...kalo mama sembahyang saya akan nangis depan mama saya..saya tak boleh bile mama tak hiraukan saya...selalu bile saya nangis nak kan mama papa mesti amik saya..tapi saya tetap nangia gak sebab saya nak mama saya....

Hah ape lagi ye....saya suke tolong mama berkemas...slalu pun memang kene jerit la ngn mama sebab saya kemas terror sgt...paling suke saya bukak almari dapur denhan kasut...uishhh macam2 ada dalam almari ni...tapi slalu pun tangan saya asikla terkepit kat pintu almari tu...huhuhuhu.

Saya rasa dah banyak saya tulis pasal saya..nanti senang saya tulis lagi...seronok gak tulis blog ni kan...patutla mama saya asik ngadap blog je...ok saya nak g minum susu...daaaa.....

posted from Bloggeroid

Tak sabar..

Now dah nak masuk ujung bulan April...panyas sungguh masa berlalu...anak2 pun dah makin membesar...kakak dah genap 3 tahun dan adik dah masuk setahun 2 bulan...pantasnya masa bergerak....dah besar anak-anak mama..tau-tau je sok dah nak sekolah...dah nak masuk universiti...dah nak keje..dah nak kawen..aewwww....tak sanggup nak bayangkan sampai ke situ...kan bagus anak-anak kekal sampai bile-bile macam tu je....eh..dah mengarut...since anak-anak dah makin membesar harus bagi adik baru ker??!?...oppssss...


K dah jauh menyimpang...bukan tu yang mama nak cite...mama nak cite pasal rumah yang kami beli kat bukit saujana sungai buloh...insyaAllah tahun ni siap...tapi masih tak sure bulan 6 atau ujung tahun baru siap sepenuhnya...last kiteorg datang tengok fasa kiteorang dah siap cume jalan belum lagi and ada beberapa part yang still kene siapkan...hopefully dapatla disiapkan seperti yang dijanjikan...

So kene la berjimat secara extreme..coz confirm nak masuk rumah bnyak duit yang nak gunakan...tambah mestila nak deco-deco bagai kan rumah tu...tp alangkah bersyukurnya kalo ada yang nak sponsor or bagi free deco-deco rumah tu lagi best kan...

Memang tak sabar sesangat nak duduk rumah sendiri mesti rasa berbeza dengan duduk rumah sewa...yela..rumah sewa ko bayar tiap-tiap bulan tapi rumah tu bukan ko dapat pun...tp yabg ni stilk bayar monthly tp rumah nama kite..so hepi nye lain sgt-sgt....

Bnyak gak bnsa nak kene pikir kalo dah pindah nanti...tentang sekolah kakak..babysitter n time bile plak nak kuar g opis kan..memang lagi mencabar la pasni...kan bagus kalo tnb tukar waktu keje lebih flexible macam opis papa...memang.la syurrrgaaaa..

Uishhhhhh really tak sabar..cepatla siap rumah kami.....

As salam...

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 18, 2012

Jom karok!

Pakcik wan baru belikan set audio sistem..ada radio dan mikrafon skali..so boleh la berkaraoke...

Anak2 mama macam terkejut mula-mula bila dengar bunyi audio yang kuat ni..almaklumla memasing memang tak biasa dengan bunyi kuat2 ni...paling kuat pun bunyi suara diorang sendri..especially bile time menangis meraung..memang satu blok bley dengar...tapi bile dah ada set audio ni confirmla lagi kuat kan volumenya...

Anak-anak buah yang lain dah sebuk mengadap sistem audio ni....masing berebutkan mikrafon...nia memang tak nak masa memula..bila mama suh nia amik mic n nyanyi nia tak nak..tapi still lagi duk dekat-dekat mic tu...pastu mama tengok gilir-gilir anak buah mama gune mic.masing-masing sebuk nak menyanyi...alhamdulillah semuanya pun nyanyi lagu alif ba ta...nia bile tengok sepupunya seronok nyanyi pakai mic..nia pun nak..tp malu2..bile dapat pegang mic suara tak keluar plak sebab malu....yang adik lagi tak kesah sebuk benar main pintu...

Tapi bile anak buah mama yang lain dah sebukmain benda lain..pelan-pelan nia amik mic dan nyanyi...seronok nia dapat pegang mic..dari lagu abc ke alif ba ta...siap suh mama nyanyi skali...adik bile tengok kakak seronok berkarok mula la dia datang kacau...habis wayar audio tu dicabutnya dan masuk dalam mulut...menjerit-jerit kakak bile mic dia dah yak bunyi..

Mama seronok bile tengok anak-anak happy..mama suh papa beli macam pakcik wan beli tapi papa tak mau..nanti menganggu jiran kate papa..tambah pula takut anak-anak leka..tak pe la sayang bile kite balik kampung kite karok free lagi ye...




Anak dara mama....







Adik dah mula kacau kakak...



posted from Bloggeroid

Wordless wednesday...




All time fav...yummy...

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 17, 2012

Apekah...



Hai semua..

Harini hati ke 2 mama demam..ye mama demam lg sekali...rasanya baru 2 minggu lepas mama kene...ni dah demam balik..tp kali ni mama xjumpe doktor..mama makan ubat yg doktor bagi aritu.

Smlm papa tanya mama nak mc ker...kalo ikutkan mama nak mc..memang tak tahan sgt semalam..kepala mama sakit sangat..
Mata berpinar dan berat..belum lagi kene melayan sleseme yang mengganas..smpai sakit idung mama dibuatnya...kalau tengok keadaan mama semalam memang kene mc..balik makan ubat tido dan rehat...tapi tak boleh mama kene siaplan keje mama...kalo tak mama xkan berpeluang nak pegi buat audit...ohhh rugi tau..

Lately ni mama memang busy menyiapkab laporan analisis mama...tapi honestly mama sebenarnya tak berapa bak paham report yang dia buat..tambah memeningkan bile mana mama sendiri belum penah join audit tu..memang mencabar sebab mama kene betul-betul paham kandungab report tu baru mama boley buat audit....

Atas sebab itu mama memang xleh nak amik mc...demi Allah kalo ikutkan badan dan kesihatan mama memang tak mengizinkan..tapi mama berdoa pada Allah beri mama kekuatan untuk mengharungi waktu-waktu mama dipejabat ni...

So balik semalam memang dah flat mama rasa.anak-anak pun papa yang amik sorang..kesian papa..tapu sebelum pegi amik anak2..papa suruh mama minum air zam-zam..mama bersyukur sangat adik semalam tak meragam...dapatla mama tido awal...nyenyak betul.sedar-sedar jam dah pukul 4...memang rasa segar sket badan ni.

Mama pun xtau nape mama mudah sangat sakit lately ni...walhal dh mcm2 vitamin mama amalkan.ke vitamin tu semua tak serasi dengan mama...tapi tak pelah ini semua dugaan Allah beri pada mama untuk hapuskan dosa-dosa kecil mama....

Ok la mama kene stop dulu...kene siapkan keje...nanti bile free mama update lagi...daaa....

As salam....

posted from Bloggeroid

Monday, April 16, 2012

Demam instagram

Sejak dua menjak ni ramai yang sebuk amik gambar menggunakan instagram pastu post kat fb or kat twitter...kalo dulu instagaram ni kalo tak silap mama hanya untuk pengguna telefon iphone je...tapi sekarang ni pengguna telefon android pun dah boleh menggunakan aplikasi ni...

Sebelum ni mama tak berapa minat dengan instagaram ni.rasa macam tak suke tengok colour gambar yang macam malap-malap gitu...nampak macam old fashion gitu...pastu mama tengok dari hari ke hari makin ramai yang menggunakan instagram...sampaila satu hari tu papa post gambar dengan fb pakai instagram...ok papa dah gune mesti best aplikasi tu...sebab papa kan budak grafik so dia mesti terror bab-bab aplikasi kat fon ni...

So apelagi mama pun mula la download instagram dan try amik gambar dan post di fb.



Ini gambar pertama yang mama amik pakai instagram....

Bile dah sekali guna mama rasa cam...eh seronok gak aplikasi ni..macam-macam design mama boleh pilih tuk edit gambar mama.seronok tau...boleh edit gambar jadi macam gambar zaman dulu-dulu..colour ala-ala sephia gitu..me like it!...

Ni ada beberapa gmbar yang mama amik gune instagram...jom layan...















For those yang pakai android tu korang bley download aplikasi ni free je dekat play store...so selamat men download....

posted from Bloggeroid

Thursday, April 12, 2012

Happy family...

As salam...lama rasanya tak menempek gambar sefamili dekat blog ni kan....so layan kan jela...gambar amik sendiri memang susah siket la nak amik cecantikkan....

Ayuh kita cuci mata....












Gambar semua adalah koleksi peribadi...huhuhu gaya poyo je lebey....

posted from Bloggeroid

Friday, April 6, 2012

Happy 3rd birthday kakak.



Happy birthday kakak..alhamdulillah kakak genap 3tahun pada 4 hb april aritu...sorry sayang..lambat mama post pasal birthday kakak...kebetulan adik demam..memang tak sempat nak post..

Anak dara mama ni dah besar...dah boleh nak diharap..perkembangan terkini kakak..dh teror baca alif sampai ya..baca A smpai Z..dah pandai baca doa makan...dah pandai mengeja a few words....bersyukur sangat mama Allah kurniakan mama anak yang bijak macam kakak...kakak dah tak sabar nak ke sekeloh...tapi nanti dulu ye sayang..insyaAllah tahun depan mama hantar kakak pergi sekolah.

InsyaAllah mama ngan papa akan organize birthay celebration untuk kakak dan adik...later mama cerita ye

Ucapan untuk kakak..selamat hari jadi sayang..mama doakan kesejahteraan kakak dunia dan akhirat...mama doakan kejayaan kakak dunia dan akhirat...semoga kakak menjadi anak yang soleha.
Mama....papa..adik..sayang kakak sangat2...

As salam...

posted from Bloggeroid

Kecewa...

Orang sekeliling mama selalu kata mama ni terlalu lembut hati...biar macam-macam org buat dekat mama..mama senang memaafkan dan boleh berkawan balik denga orang tu...tak tau la itu sikap yang baik atau tak...

Bebaru ni mama terima email dari seorang kawan..katanya lepas ni dia tak akan contact mama lagi through email...dan dia kata jangAn tanya kenapa...mama terkejut kenapa tetiba...slama bi kami berkawan ok je...tapi tak tau laa kot dalam tempoh berkawan tu dia ada tersinggung dengan mama yang mungkin mama tak sedar...bila mama tanya kenapa...dia tak reply pun.
Diam seribu bahasa....

Mama sebenarnya kecewa dengan sikap dia..mama rasa berhak tau kenapa dia mengambil keputusan macam tu...tapi tak pe la kalo orang dah tak sudi mungkin mama patut lupakan je....

Mama tau dia baca blog mama...kawan kalau kau baca blog ni aku tak de niat untuk memalukan kau...cume aku rasa aku berhak dapatkan penjelasan kenapa kau buat macam ni...memang aku agak kecewa dan sedih...tapi aku muhasabah diri mungkin ada kesalahan yang aku lakukan tanpa aku sedari...aku mintak maaf...tapi aku hormati keputusan kau..jagalah diri....aku mungkin bukan kawan yang layak untuk kau..moga kau bahagia bersama keluarga dan kawan-kawan yang selayaknya untuk kau...

As salam...

posted from Bloggeroid

Musim

As salam...

Rasanya macam lama je mama xupate blog kesayangan mama ni..sepi je rasanya kan...actually beberapa hari ni mama agak busy menjaga adik yang demam...yup my handasome boy demam lg...aritu demam light-light je...so mama tak de la risau sangat tapi kali ni agak teruk..badan panas je..siap dengan batuk tak lepas dan semput...kesian adik....

Sebenarnya mana2 mama pergi semua orang pun demam..memang musim la sekarang ni...dengan cuaca yang xmenentu...pagi hujan..malam panas...malam hujan..siang panas...memang mengundang virus demam kan..

Asalnya papa yang demam dulu...batuk seleseme bagai...pastu berjangkit dekat mama..pastu adik plak kene..kakak alhamdulillah batuk je...moga kakak dijauhkan dari demam ni semua...

Berbalik pada cerita adik demam...biasala kalo sikecik kene demam..memangla meragam je..24 jam nak berkepit..belom lagi masuk bab batuk yang xlepas..nak minum susu pun adik xlalu...sian anak mama...tapi dalam demam-demam anak mana ni selera makan on je...huhuhu..dalam sakit-sakit bila dapat makan terus sihat..comey....

Tapi sekarang Alhamdulillah adik dah semakin sembuh..demam dah tak ada..cume batuk je...semalam muntah habis keluar semua lendir...lepas tu baru leha...kesian la anak bujang mama ni...

K la tu je nak cite...mama nasihatkan jaga kesihatan pada semua...kalo rasa badan tak sehat cepat2 makan ubat..memang bahaya cuaca kat malaysia sekarang ni....ok..take care ye...daaa...


posted from Bloggeroid

Tuesday, April 3, 2012

Kekuasaan Allah

Seringkali kite tenggelam dengan emosi bile kite dlm keadaan marah atau dalam keadaan emosi yang tidak menentu...dan kebiasaannya..bila emosi menguasi diri...kite sering mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.


Lumrah manusia...selalu tenggelam dalam emosi dan kala ini memang syaitan akan menyanyi menari kegembiraan melihat anak adam, umat nabi Muhamad s.a.w tenggelam...jarang kite mengingati Allah..kite tidak pernah hendak sedar atau mahu sedar Allah maha berkuasa...tiap ape yang berlaku bermohonla padaNya..insyaAllah akan dibukakan jalan...tiada masalah yang tiada penyelesaiannya...bersujudla dan bermohonla pada Allah agar dibukakanjalan untuk kita...

Andai kita sentiasa mengingati Allah insyaAllah,Allah juga akan selalu mengingati kita..andai kemarahan menguasai diri berwudukla...lebih afdal solat sunat dua rakaat bemohon padaNya..InsyaAllah ketenangan hakiki kita pasti miliki....

InsyaAllah....

posted from Bloggeroid

Mainan anak2....

Since kakak ngn adik dh besar mmg rajinla papa belikan mainan tuk diorg..mcm kakak papa suke belikan mainan masak2...kakak mmg suke mainan masak2..kejap2 tanya papa nak mkn ape..mama nak mkn ape...

Kat rumah tu mmg berbakul2 mainan kakak ngn adik..mcm2 ada...blom lg yg xcukup sifat pun ada..mls mama nak kemas dah..balik2 yg tu jugak diorg nak main....

Baru2 ni papa belikan mainan doctor2 tuk kakak..kemain excited anak mama main...yg adik papa belikan patung power ranges...tp adik duk gigit je pala power ranges tu....pastu sebuk berebut mainan ngn kakak..

Alahai....sonok tgk anak2 hepi .....dpt join anak2 main pun sonok...ok dh mula rindu kat budak berdua tu......(#xtauendingcamne#)..




Papa sakit ker.....



Adik pun nak jugak...







posted from Bloggeroid

W.e.L.c.O.m.E t.O m.Y b.L.O.g

Enjoyzzzzzz