Alhamdulillah Ramadhan semakin hampir….pejam celik pejam
celik kite bakal berpuasa semula…pastu pejam celik lagi dah nak raya….terasa
masa bergerak semakin pantas….bak kate ustaz Ebit Lew, bile kite merasakan
waktu itu bergerak terlalu pantas….sebenarnya Allah telah menarik nikmat waktu
pada kite…SubahanaAllah…..moga Allah tidak tarik nikmat yg lain pada kite semua…aminnn…..
Ramai yg lat luar sana sebuk buat persediaan untuk raya
daripada persediaan untuk ramadhan….masing2 dah sebuk shopping untuk raya….mama
memula pun mmg excited nak shopping baju raya bagai..bajet nnti puasa cnfirm
xlarat nak bw bebudak shopping…kang xpasal2 dengan mama2 skali hirup air kat
mall kan….tp papa nasihatkan mama…papa kate lebih baik kite lebeykan bulan
ramadhan drpada persiapan untuk raya…sepatutnya kite persiapankan diri untuk
menyambut ramdhan…jaga kesihatan moga kite mampu menjalani ibadah ini dengan
sempurna….bulan ramadhan la bulan untuk kite kumpul sebanyak amalan untuk
dijadikan bekalan kite dekat sana nnti….btol x?
Mcm mama, mama mmg ada gastric….kalo kene gastric mmg stok
xleh nak bangun..makan xleh nak skip…terlebey makan xpe..jgn kurang….***tupasalmakintembam*****so
mama kene persiapan kan diri mama…mama dah stat amalkan pemakanan sehat….amik supplement
tuk kuatkan badan mama….semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik tuk mama…tahun
lepas mama xdpt nak puasa cukup sebulan….pengalaman berpuasa tahun lepas mama
masih bf adik….YA Allah hari pertama mama mmg flat giler….badan gigil2…..dah la
kene pam susu tuk buat stok adik…tp Allah maha Kaya….dalam keadaan berpuasa b
gigil2 tu Allah kurniakan bekalan susu yg xputus2 pada mama…..syukur sesangat…..tp
tahun ni xdela kan nak pam2 susu bagai…tp mama akan kuar audit ke TNB lain...moga
Allah beri mama kekuatan…
Kat sini mama nak share tips yg boley diamalkan bg mereka yg
ada gastric masa bulan puasa nanti…
=========================================================================
Ketika berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman direhatkan
dan ini bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut menurun. Jadi seharusnya
tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi.Namun
yang berlaku adalah sebaliknya kerana ramai mengadu sakit perut sewaktu
berpuasa. Masalah ini sebenarnya disebabkan tabiat makan seseorang ketika berbuka.
Kite seharusnya makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat
apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak terkejut.Saranan berbuka
dengan kurma, sedikit kuih muih atau buah-buahan sebagai permulaan dan berehat
seketika dengan bersembahyang sangat baik kerana ia memberi peluang perut untuk
bersedia menerima lebih banyak makanan.
Apabila memilih makanan, selalu ingat untuk mengamalkan pemakanan sihat. Jangan
rambang mata melihat puluhan jenis makanan yang dihidangkan di bufet (jika
berbuka di restoran atau hotel) mahupun ketika membeli juadah di bazar Ramadan.
Anda ada 30 hari untuk mencuba semua makanan itu. Memang ketika lapar semua
makanan nampak sedap, tetapi sentiasa ingat untuk bersederhana dan jangan
terlalu mengikut nafsu. Ada juga kemungkinan sakit perut ketika berpuasa.
Biasanya ini disebabkan kite tidak bersahur atau bersahur terlalu awal iaitu sebelum
tidur. Bagi orang yang ada masalah gastrik, mereka perlu makan pada waktu sahur
supaya tidak timbul masalah sakit perut ketika berpuasa, masalah perut berasa
tidak selesa pada minggu pertama Ramadan adalah perkara biasa kerana perut
memerlukan masa untuk mengadaptasi dengan keadaan baru itu (tidak menerima
makanan sepanjang hari).
Ini sebabnya bagi individu yang ada gastrik, mereka tiada alasan untuk tidak
berpuasa kalau mengikut saranan doktor atau yang dianjurkan agama.Selagi mereka
mengamalkan corak pemakanan 3-S iaitu sederhana, seimbang dan sihat, pesakit
gastrik boleh menjalankan ibadat puasa tanpa rasa sakit, katanya.
Rawatan
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya
hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu
dilakukan ialah:
-Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
-Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
-Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari
dan malam). -Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan
bersahur
-Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
-Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
-Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
-Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
-Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini
berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing
Panduan pemakanan
-Segerakan berbuka dan mulakan berbuka dengan makanan yang ringan seperti
kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Elak mengambil air manis
atau kuih-kuih manis.
-Ambil lauk atau juadah rendah lemak, kurang pedas atau berempah.
-Elak minum minuman berkafein ketika berbuka. Bagaimanapun kopi atau teh oleh
diambil selepas solat terawih; bukan ketika berbuka.
-Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan
buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.