Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”
Tetapi
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
******************************************************************************
sama2 kite renungkan...kite sebagai anak mmg selalu lupa n tak sedar kekadang perbuatan kite itu menyinggung hati dan perasaan mak ayah kite...since mama dah jadi mak, mama makin paham perasaan mak mama...
semoga kite menjadi anak yg terbaik pada mak ayah kite...aminnnn
2 comments:
agreeeddddd..
kat sini pon sama...
kene kipas baru pos pandang...
setakat kau kerani cabuk jgn harap la dia nak pandang saif.
aku dah rasa.
tapi aku dah pasang nawaitu aku kerja nak cr rezeki.
biarlah. ada peluang yang lain nanti aku cabut dari kompeni nih... T__T
btol ayu..yg penting niat kite nak cr rezki kerana Allah..kat opis aku ni mmg trend macam ni...walhal bukan ramai pun yg dlm opis tu.....kene bnyak bersabar...ingat bile kesempitan Allah ada untuk kite
Post a Comment